Salam sejahtera & Selamat Tahun Baru.... dihimpit kesibukan membuatkan ruangan ini agak lama terbiar sepi....
Saya masih disini, meneruskan kehidupan yg penuh dgn dugaan. Namun kekangan masa membuatkan saya tidak mencoret di sini... Bukan tidak mahu berkongsi cerita, tapi entahlah....
Tapi hari ini saya ingin bercerita di sini...
Tentang saya & kerjaya...
Minggu terakhir Disember 2009, saya kehilangan Zihan. Dia mendapat tawaran hebat dari firma lain. Meski hubungan kami kebelakangan ini agak suram, namun ketiadaan dia amat dirasai. Apatah lagi selama ini byk yg telah kami kongsikan bersama.... saya doakan Zihan bahagia ditempat baru...
Saya pula semakin makan hati disini. Kerja tidak pernah susut. Tanggungjawab makin besar. Namun demikian saya bersyukur kerana bos dah ambil new staff termasuk new lawyer untuk mengurangkan beban saya. Mudah2an tahun 2010 ini membuka rezeki yg lebih kepada firma ini.... Insyaallah...
Tentang saya & family
Syukur alhamdulilah, anak2 semakin dewasa. Fazly naik ke Form 2, Fakhri, standard 5 & Faris melangkah ke darjah 1...
Saya berharap Fazly meneruskan kecemerlangan dia di sekolah baru. Tahun ini saya memberi kelonggaran pada dia memilih sekolah pilihan sendiri krn ternyata pilihan saya sebelum ini tidak sesuai dengan jiwanya. Saya hanya mahukan yg terbaik utk anak2 saya. Alhamdulillah, minggu pertama sekolah, dia nampak seronok & jelas berbeza dari tahun lepas. Mungkin disekolah ini, dia berdamping dgn ramai2 teman2 yg dikenali semenjak sekolah rendah. Saya seronok bila melihat perbahan positif pada anak sulung saya ini. Semoga dia akan terus positif hingga akhir tahun nanti...
Fakhri.... hmmmmm anak istimewa saya ini sudah buat hal pada hari ke-2 sekolah. Semuanya hanya kerana dia diasingkan kelas dari sahabat baiknya, Rahman. Rahman menadapat keputusan periksa lebih baik, makanya dia bertukar ke kelas yg lebih pintar. Tinggallah Fakhri di kelas Cerdik. Namun, Fakhri jadi pemurung. Dia tidak seronok krn berjauhan dgn Rahman. Puas Rahman memujuk, namun Fakhri masih enggan ke sekolah. Hari ini (hari ke-3), guru kaunseling meminta hubby membawanya pulang untuk berehat. Mujur guru tersebut faham akan masalah anak saya ini. Nampak gayanya, saya kena teruskan rawatan Psikitari terhadap Fakhri krn masalah lamanya sudah kembali melanda. Aduhai anak, rawan hati ibu melihat sikapmu. Namun apakan daya, mungkin anak2 seperti ini adalah pemberian Allah SWT untuk memperkuatkan lagi keimanan ibu...Moga kamu akan sentiasa dirahmati Allah, anakku....
Faris.... sibongsu ini meneruskan persekolahannya dalam aliran Cina. Saya ingin anak ini menguasai bahasa asing selain Melayu & English... Hari Orientasi, tumpuannya agak terganggu bila melihat ramai pelajar2 Cina berbanding melayu. Sementara saya mendengar taklimat di dewan, hubby menjaganya di luar kelas kerana dia menangis. Kami amat berharap agar hari pertama sekolah nanti, Faris tidak menangis lagi...
Hari pertama sekolah, Faris masih menangis. Hampir setengah jam memujuk, namun saya masih gagal. Walau dia menangis (sambil melalak), saya terpaksa tinggalkan di kelas kerana undang2 di sekolah itu, parents tidak dibenarkan berada di dalam atau di luar kelas. Parents hanya boleh menunggu di kantin. Itupun selama 2 hari sahaja...... Aduhai anak,.. brutal2 pun menangis bila ditinggal......... Alhamdulilah, keadaan Faris beransur stabil selepas rehat. Dia sudah boleh ditinggalkan dan mula menyesuaikan diri dengan teman2 baru. Mungkin kerana ada 2-3 orang temannya dari Tadika turut berada di kelas yang sama. Masuk hari ke-2 sekolah, saya membiarkan Faris dihantar oleh teman saya. Saya ingin dia membiasakan diri kerana saya tidak boleh bercuti panjang. Lega rasanya, bila masuk hari ini (hari ke-3) Faris sudah membiasakan diri. Meski risau tidak melihat keadaannya, saya pasti dia akan membiasakan diri. Mudah2an anak2 saya akan sentiasa dilindungi & dirahmati Allah SWT.
So, inilah cerita saya pada pembukaan 2010. Mudah2an tahun ini memberi seribu kebahagiaan dan kesejahteraan untuk saya & juga family.... amin....
Wednesday, January 6, 2010
SALAM SEJAHTERA
Posted by Ara at 3:05 PM
Labels: coretan, kisah saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment