BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 20, 2009

Peritnya kehilangan

Petang semalam, pulang dari office, saya hantar ibu ke klinik. Ibu mula sakit2 semula. Kata doktor, kemungkinan penyakit batu karang ibu datang semula hinggakan kencing ibu pun berdarah. Doktor bagi tempoh seminggu untuk melihat sebarang perubahan selepas memberi ubat. Sekiranya tidak berkurangan, ibu akan dirujuk ke HKL utk rawatan lanjut. Saya berharap agar kesihatan ibu pulih kerana saya tidak sanggup melihat ibu terlantar sakit. Dlm keadaan begini saya sedih, along & Oly tidak langsung mengambil tahu. Saya tidak kisah kesana kemari membawa ibu, tapi hati saya sebak bila ibu menyebut tentang along & oly. Mereka anak2 lelaki ibu sudah tentu ibu mengharapkan lebih dari mereka. Saya memang anak perempuan ibu, makanya bagi saya, saya yg akan terus mendampingi ibu hingga bila2 pun. Saya berharap suatu hari nanti, Allah SWT akan membuka pintu hati abang & adik saya agar lebih peka pada kasih sayang & menghargai pengorbanan yg telah ibu lakukan selama ini. Saya benar2 berharap agar ibu tidak akan bersedih memikirkan perihal anak2 lelakinya. Ini bukan bermakna saya tidak pernah membuat ibu sedih, tetapi saya rasakan abang & adik saya telah membuatkan banyak air mata ibu yg mengalir!!!... Saya sedih bila ibu sedih.......
Pulang dari klinik, kami mendapat sms dr cousin saya yg mengatakan MakTua (kakak ibu saya) telah dimasukkan ke Ampang Puteri. Kami bergegas kesana pula. Saya tahu ibu pasti ingin bertemu kakaknya. Mak Tua saya sudah 73 tahun. Kasihan, dia sudah mula diserang penyakit "lupa-lupa" ataupun "nyanyuk".... Ketika kami sampai, Mak Tua tidak mengenali saya ataupun ibu. Beberapa saat kemudian, hubby yg suka mengusik, meminta Mak Tua saya membuatkan kopi. Mak Tua saya ingin segera bangun, tapi dihalang kembali oleh hubby. Kata hubby, dia hanya bergurau. Hampir setengah jam kami berbual & mengembalikan ingatan Mak Tua, saya lihat Mak Tua merenung wajah ibu lama. Saya kemudian bertanya kepada Mak Tua, "siapa tu?".. Jawab Mak Tua.. "Adik aku le.... tak kan adik aku pun aku tak kenal..." Saya lihat mata ibu merah. Kemudian Mak Tua tanya pada saya.."Kamu ni anak siapa?" Saya sedih. Namun saya tahan airmata dari jatuh. Saya memaksa diri untuk tersenyum, sambil berkata.." La, tak kan Mak Tua tak kenal Saloma?... Bini P Ramlee.. Inilah Saloma.." Mak Tua mencubit lengan saya. Saya memeluknya erat. Dia Mak Tua saya yg suka menasihati saya bila saya pulang ke kg. Dia Mak Tua saya yg suka melihat telatah anak2 saya, namun kini dia tidak mengenali saya mahupun anak2 saya. Saya benar2 sedih. Masa yg berlalu membuatkan saya semakin banyak kehilangan...... Ya Allah, sesungguhnya saya belum bersedia untuk kehilangan lagi....

Mak Tua tak bagi kami pulang. Dia minta kami tidur dengannya. Sewaktu saya menyalami tangan & menciumnya, dia membelai pipi saya. "Eh, Suhara ke ni?.... Janganlah balik, tidur rumah Mak Tua malam ni..." Aduh, airmata yg saya tahan mengalir juga. Dia akhirnya mengenali saya. Saya kata saya perlu pulang kerana tak dapat cuti untuk menemaninya lebih lama. Saya lihat matanya yg sedih menghantar kepulangan kami. Palinh sedih saya tengok ibu mengesat air matanya semasa di dalam lif. "Mudah2an Allah panjangkan umur Mak Tua kau.." kata2 ibu sungguh menyentuh hati saya. Saya faham, ibu sudah kehilangan atuk, opah, Nyah (kakak ibu) & Mak Jeton (adik ibu), makanya ibu juga seperti saya yg serik dgn kehilangan!!... Saya akan terus berdoa semoga Allah melindungi & insan2 yg saya sayangi....Amin

3 comments:

Sulela said...

Ara, menangis aku baca entry ko neh...huuuuu

dina said...

kak, opah suami saya pun dah tak berapa ingat, sedih saya bila saya cium pipi dia, dia kata "tak penah ada org nak cium pipi aku ni" padahal tiap kali jumpa mesti saya cium pipinya. dia pun dah tak kenal saya dan encik suami, ada ke dia kata encik suami saya, penjual rojak di pekan tg belanja... hahahaa

Ara said...

dina - sedih bila tgk keadaan dia yg memaksa diri utk ingt semua, tp selagi dia mampu tersenyum, kita juga tetap akan terus tertawa...
lela - aku yg tulis pun tersedu sorang2 kat opis..... sedey....