BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 21, 2009

MR X

Masih ingat kebaikan Mr X yg pernah sy ceritakan tempohkan hari?.... Ptg semalam saya bertemu Mr X masa nak balik. Kebetulan masa tu dia sedang mencari seorang melayu untuk membantunya menerangkan tentang dokumen2 permohonan untuk berkahwin. Saya ingatkan Mr X yg nak kahwin, tetapi dia sedang membantu temannya (seorang warganegara asing yg ingin berkahwin dgn wanita melayu disini)..... hahaha.....
Selepas menerangkan serba sedikit pada Mr X, dia tersenyum lebar. Puas hati dia kerana masalahnya sudah selesai. Katanya, memang dia pernah membantu saya ketika kereta saya rosak, kini saya pula sudah membantunya disaat dia memerlukan. Katanya lagi, dia percaya dgn byk berbuat baik, segala kesusahan akan dapat diatasi dgn mudah. Tuhan akan menghantar sesiapa sahaja untuk membantu dia demi membalas kebaikan yg telah dilakukan... Bagi saya Mr X memang baik. Dia suka membantu sesiapa sahaja. Semalam juga saya secara rasmi mengenali siapa Mr X yg sebenar. Rupanya dia Building Manager di bangunan saya bekerja & namanya yg sebenar adalah Mr Jo. Katanya lagi, saya boleh cari dia bila2 masa saya memerlukan.... Ha, kan saya sudah mendapat satu contact untuk membantu saya bila2 masa?.... Rasanya, saya juga baik seperti Mr X krn saya suka membantu orang lain yg dalm kesusahan (hehehe, perasan sendiri), makanya Allah juga pasti akan menghantar sesiapa sahaja untuk membantu saya yg dalam kesusahan nanti!!... . (Memang itulah yg selalu saya ajar anak2 saya... BUAT BAIK, PASTI AKAN DIBALAS BAIK...)... Insyaallah....

0 comments: