Alhamdulilah.....berkat semangat setiakawan team TBCS, malam tadi basikal Fazly telah ditemui semula. Hubby sendiri yg pergi ambil dari rumah si pencuri. Budak yg mengambil basikal tu memang satu sekolah dgn Fazly tetapi masih menuntut di sekolah rendah. Kasihan, saya simpati dgn anak itu.... Kenapa ye?... kerana sewaktu hubby bertemu ibubapa dia, ternyata anak itu tergolong dr anak2 yg diabaikan. Ibu/bapanya tidak langsung mengambil tahu malah tidak mengendahkan langsung tentang perihal si anak yg sudah mencuri hak orang lain. Paling menyedihkan, bapanya sendiri mengaku itu memang tabiat anaknya & dia sendiri pernah menjual barang2 curi anaknya... Ya Allah, kenapa tergamak orang tua yg menghancurkan masa depan anak sendiri??.... Tambah menyedihkan, bapa kanak2 itu merupakan seorang penagih dadah. Malah ibu kanak2 itu langsung tidak beremosi sewaktu hubby meminta dia mengembalikan basikal anak saya. Baginya anak2 membawa pulang hak orang lain adalah perkara biasa... masyaallah....
Saya kasihan pada anak itu krn mendapat ibubapa yg tidak mendidik mereka dgn betul, saya simpati padanya krn hidupnya dikelilingi kejahatan... Macam mana masa depannya nanti ye?.. Namund alam simpati, saya tetap geram & marah, kerana dlm usia semuda itu dia sudah pandai mencuri!!!!!....
Apa2 pun saya bersyukur krn basikal anak saya telah ditemui (meski basikal Fakhri masih belum ditemui).. walau brg2 aksesori yg baru dibeli sudah tiada & basikal itu sudah dikikis catnya, berkat duit yg dikumpul dr usaha sendiri, Fazly dapat semula haknya. Saya tahu dia sedih bila melihat basikalnya sudah "cacat", tp sy berjanji saya akan membantu dia mencantikkan semula basikal itu. Saya mahu anak saya tersenyum semula.
Oh ye,... Fakhri juga sudah mendapatkan basikal baru. Saya & hubby sepakat menggantikan basikal baru buatnya sebagai pemulih semangat untuk dia rajin ke sekolah.
Nanti, saya akan berkongsi dgn anda perihal Fakhri yg sudah rajin ke sekolah skrang ni!...
Tuesday, October 27, 2009
KALAU DAH REZEKI HALAL...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment