BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 12, 2009

BASIKAL

Khamis lepas (hari ke-4) disekolah baru, Fakhri kehilangan basikal kesayangan yg baru di"make-up" menggunakan duit raya yg dia dapat. Kasihan anak saya, dia sungguh sedih & kecewa. Hubby & teman2 Fakhri sudah meronda keliling Sentul mencari basikal yg hilang namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Kesedihan Fakhri nampak jelas dimata saya. Untuk membeli basikal baru, hubby tak benarkan. kata hubby, insyaallah lagi 2-3 hari dapatlah balik basikal tu. Tapi kata saya, tak mungkin... Pencuri tu mesti dah tkr cat ataupun tukar apa2 yg patut supaya Fakhri tidak mengenali basikalnya. Biarlah, kalau pencuri tu tak mahu mengembalikan basikal anak saya tu, tak mengapa, tapi saya mendoakan dia mendapat balasan yg setimpal krn mengecewakan anak saya!!...

Fakhri & Fazly serta teman2nya telah menubuhkan kelab "TBCS" (The Boys Crew Sentul). Berpeluh2 team TBCS mencari basikal Fakhri, tapi masih tidak berhasil. Kata salah seorang temannya, mungkin basikal tu disimpan 2-3 hari untuk bagi line sejuk, tapi kalo dorang jumpa basikal tu selepas ni, tahulah nasib pencuri tu!!. Pergh, saya dengar teman Fakhri yg berkata dlm keadaan marah itu memaksa diri untuk tersenyum. Jelas kelihatan semangat setiakawan. Tapi saya tidak mahu mereka menyalahguna erti setiakawan. Rata2 ahli TBCS masih mentah, saya tidak mahu mereka simpan perasaan dendam & baran. Saya nasihatkan mereka supaya tidak bertindak melulu. Jika ada rezeki utk bertemu kembali basikal Fakhri, serahkan segalanya pada ayah Fakhri.

Saya & hubby, tidak mahu Fakhri tenggelam dalam kesedihan. Sudahlah anak saya itu cukup sensitif & nipis emosinya. Makanya Sabtu & Ahad lepas, kami punya terapi untuk melenyapkan ingatannya pada basikal yg hilang. Kami bawa dia bermain layang2 di Kepong, mandi air panas di Setapak & main bowling di Times Square. Nampak dia happy & terapi kami untuknya menjadi. Tapi pagi ni, bila saya kejutkan dia untuk ke sekolah..... "Ibu, body basikal macam adik punya tu, tak banyak org yg pakai. Adik kenal basikal adik, ada code rahsia kat bawah body. Dia nak 10 kali tukar cat pun, adik kenal basikal adik. Kalau adik jumpa pencuri tu, pecah kepala dia!!!"..... Adoi, resah hati saya mendengar kata2 Fakhri yg tersimpan seribu kemarahan. Walau dijanjikan dengan basikal baru oleh saya, dia masih enggan tersenyum. Dia tetap inginkan basikalnya itu!!...

Ya Allah, mudah2an usaha anak saya & teman2nya dlm menemui basikal tu dipermudahkan. Mungkin ada sentimental value pada basikal itu pada Fakhri yg saya tak tahu. Kepada si pencuri, kembalikanlah basikal anak saya tu, kasihan dia. Tak baik tau awak mencuri!!!.... Kalau kami tak dapat awak didunia, balasan setimpal menanti awak di akhirat nanti!!!....

3 comments:

Sulela said...

Ara, kalau aku pun...aku akan marah kalau benda yang aku sayang orang curi. Camtu la ngan anak ko. Doakan dia tak buat benda2 yang bukan2... Tapi bagi aku la...susah dah nak jumpa basikal tu sebab macam yang kengkawan dia kata tu la...mesti dorang dan ubah sana sini...

dina said...

kak, basikal anak saya pun dicuri org tahun lepas. sampai la ni bla tanya nak basikal ke tak untuk gantikan basikal, dia geleng kepala. mungkin dia rasa ada sentimental value pada basikal tu. sampai sekarang dia tak mahu naik basikal kak, jenuh dipujuk nak belikan yang baru dan bawa dia ke kedai basikal... tapi dia tak nak... kesian...

Ara said...

lela - betul la, memang dah tak de berita dah pasal basikal tu. may be dia dah tukar & buang accesory yg Fakhri tambah tu....siut punye pencuri!

dina - akak tgh pujuk dia cari basikal baru. Minta dia pakai basikal adik dia pun dia x nak... biar dia sejuk dulu la baru ajak cari basikal baru....