BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 2, 2011

Keliru

Saat N3 ini ditulis, hati saya semakin pedih menahan rasa. Entah kenapa akhir2 ini saya rasakan hati ini cepat benar tersinggung. Mungkinkah saya dah terkena sindrom "makin tua makin cepat terasa"?....
Saya ingin meluahkan segala rasa yg terpendam, tapi tak tahu dimana nak bermula. Mungkin juga saya sedang keliru dengan perasaan sendiri?????..... Entahlah, NO COMMENT!!....


.... andai hati ini kaca
sudah lama ianya pecah berderai
andai hati ini kapas
mungkin sudah bertebaran dihembus angin ......

Friday, February 25, 2011

PUISI - Saling Terpesona

Awak
Saat saya terjatuh
Awak hulurkan tangan membawa saya naik semula
Saat hati saya terluka
Awak bersungguh merawatnya

Tanpa sedar
Kita saling terpesona
Tapi sayang, antara kita
Ada dia dan dia.....

Meski pernah melakar impian
Kita tidak temui jalan yang pasti
Kerana disisi kita MEREKA lebih utama

Awak
Saat awak pergi membawa lara
Hati ini pedih menahan rasa

Awak, terima kasih
Kerana menjadi bintang yang menyinari malap hidup ini
Kerana menjadi mentari yang telah menghangatkan dingin hati ini
Kerana menjadi nadi untuk saya terus bernafas.....

Awak, maafkan saya
Kerana tak bisa memilih
Namun saya pasti
Pasti ada bahagia yg menanti di penghujung jalan ini!...

Monday, February 21, 2011

Sakit itu Anugerah.....

12/2 - 20/2/2011, sy bercuti panjang. Cuti sakit & tidak masuk office. Alhamdulilah, hari ini (21.02.2011) sy mendapat kembali kesihatan tubuh badan sy. Lebih seminggu berulangalik ke Tawakal untuk menentukan tahap kesihatan yg tiba "down" buatkan sy gabra. Bukan takut mati, tp kesian kat anak2. Dorang kecik2 lagi..... huhuhu...
Sy takut nak bercerita tentang "sakit" sy disini. Biarlah sy simpan dlm hati krn apa yg sy tahu segalanya belum sampai ke tahap serius. Sy bersyukur krn segalanya dipermudahkan.....

Apa yg sy tahu, tempoh 10 hari ini memberi keinsafan. Rasanya selepas ini sy akan lebih menghargai diri sendiri, menikmati indahnya kehidupan krn kesakitan itu adalah satu ANUGERAH. Bukan Anugerah Skrin atau sebagainya, tp anugerah supaya sy menghargai apa yg telah sy miliki pada hari ini!....

Monday, February 7, 2011

Pulang ke Kg Lengkuas...

Cuti CNY baru ni, saya kembali ke Kg Lengkuas. Kg terchenta yg dah lama tak dijenguk. Pulang kali ni bukan setakat nak cuti2 jer, tp meraikan perkahwinan cousinku yg chumel… Wati. Seronok rasanya tengok kaum keluarga sama2 bergotong royong menjayakan majlis. Walaupun ada sedikit kekurangan, alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Setiap kali balik kg, kenangan lama turut menjelma. Bertemu sepupu2 yg sudah lama tidak dengar berita membuatkan saya teruja. Bertemu pandang dengan “si dia” juga membuatkan hati berdebar2. Namun itu semua hanya nada2 indah yg mungkin menambahkan keindahan dalam hidup saya. Kenangan tetap kenangan, tidak boleh diulang kembali. Bila diulit kenangan indah, kita pasti tersenyum, namun tatkala kenangan pahit mencelah, hati bagai disayat2, sakut & pedih sekali!...

Dalam senyum menyulam kenangan, ada airmata yg mengalir. Hati tersentuh bertemu Mak Tua. Saat tangannya mengusap kedua pipi saya, saya tersedu. Bibirnya tersenyum, mulutnya berbicara, tetapi dia masih bertanyakan siapa saya…. Penyakitnya mungkin tiada ubat, saya tidak mampu berbuat apa2. Sekadar melayan apa yg mampu. Jauh disudut hati, begitu pedih sekali. Mak Tua yg dulunya selalu marahkan saya tiapkali sy marahkan anak, kini hanya bertanya soalan yg sama. “Duduk mana?... Dah kahwin ke?... Anak berapa?....” Puas bertanya, dia mengusap pipi saya, kemudian tersenyum2…. Saya tidak mengharapkan apa2 melainkan Mak Tua segera sembuh.

Daku Kembali

Saya kembali untuk mencoret disini. Lama berehat, sampai berhabuk rumah ni….. Conteng2 dulu, sambil fikir nak tukar cat baru ke tidak…. Hahaha…

Monday, January 18, 2010

Saya mimpi MAK!

Malam tadi saya mimpikan arwah makcik saya (adik ibu) yg saya panggil “mak”. Diam tak diam dah 7 tahun mak pergi tinggalkan saya. Mak pergi sebulan sebelum saya melahirkan Faris (anak saya yg bongsu). Saya sedih krn hasrat mak untuk sama2 menjaga saya didlm pantang tidak terlaksana. Saya tahu Tuhan lebih sayangkan mak, tapi kehilangan mak masih saya ratapi sehingga kini. Mak pergi secara tiba2…2 minggu sebelum mak “pergi”, mak datang KL dr Ipoh. Selalunya bila dtg KL, mak malas masak, tapi waktu tu mak masak untuk kami. Kata mak, lepas ni dia x nak masak lagi, cukuplah sekali tu saja, katanye….Kami juga bershopping sakan. Mak membeli beberapa helai baju untuk “baby” dlm perut saya & juga cucu2nya yg lain. Mak juga beli satu kayu kain langsir, kononnya mak nak tukar langsir satu rumah!!.. Mak & saya memang punyai citarasa yg sama & kami memang fanatic dgn warna merah. Seperti biasa, saya memilih langsir yg berwarna merah, tetapi mak kata dia nak tukar kpd warna kuning. Untuk tidak menghampakan mak, saya terima pilihan dia. Memang cantik pun pilihan mak tu (tapi bagi saya yg merah lebih cantik sebenarnya!!)…
Sampai dirumah, mak tak puas membelek langsir yang dia beli. Ibu pun memuji pilihan mak yg lain dr selalu. Kemudian, tiba2 mak ajak saya & hubby kembali semula ke Nagoya. Mak nak tukar langsir warna merah!!!... hah????!!!!.......Hendak tak hendak, kami kembali semula ke Nagoya dan tukar langsir tu…. Nasib baik tak de masalah…. Sepanjang perjalanan balik, mak tersenyum puas dan ketawa mengekek2…. (saya hanya menyedari kelakuan mak yg pelik selepas dia “pergi”)…mujur saya tidak menghampakan mak waktu itu….Beberapa hari di KL, mak pulang semula ke Ipoh. Kami berjanji untuk menyusulnya bila cuti panjang nanti.
Saya masih ingat, sewaktu menerima panggilan dr abg sepupu saya pada pagi Rabu. Katanya mak masuk hospital sebab pening. Pening boleh masuk hospital???...... Tengahhari kemudian, abg sepupu saya call lagi bagitahu yg mak dijangkiti denggi…. Saya mulai risau, tambahan malamnya abg sepupu saya maklumkan yg mak dimasukkan ke ICU krn tidak sedar… Saya & ibu panic. Terukkah keadaan mak???......mak memang fobia hospital, jika demam atau pening, dia lebih suka makan panadol & sapu minyak cap kapak….Kami berjanji akan pulang ke Ipoh pada pagi sabtu nanti untuk menziarahi mak, tapi ternyata Tuhan lebih menyayangi mak… mak pergi tanpa sempat kami menatap wajahnya…Petang Khamis itu mak menghembuskan nafasnya yang terakhir & saya hanya diberitahu tentang kehilangan mak pada tengah malamnya… saya faham, mungkin abg saya panic & terkejut dgn kehilangan mak secara tiba2 kerana itu dia agak lewat memaklumkan kepada saya……Nak dijadikan cerita, kereta kami pula buat hal. Mungkin sudah tertulis tiada rezeki saya untuk melihat & menatap wajah mak buat kali terakhir… saya tiba di kampung (mereka sepakat jenazah mak dikebumikan di sisi pusara opah & atuk di kampung kami) sewaktu jenazah mak sudah disemadikan diliang lahat. Saya meraung tanpa mempeduli keadaan ketika itu. Mungkin ramai yg bersimpati apatah lagi melihat keadaan saya yg tgh sarat masa tu….Bila keadaan sudah reda, abg sepupu saya mendapatkan saya dan menceritakan keadaan mak yg rupanya dijangkiti denggi berdarah. Esoknya saya dan Fakhri sama2 demam sebab kami memang rapat dengan arwah mak… Sana sini terbayang wajah mak. Malah malam itu, sebelum tidur, saya seakan terpandang wajah mak yg sedang baring ditempat biasa kami (di kampung)… malam tu juga, saya tidak berebut kipas lagi dengan mak…. Mak dah pergi tinggalkan saya buat selamanya…. Saya ingat lagi, mulut ibu yg bising memarahi mak setiap kali kami berebut kipas. Kata ibu, kami sama2 puteri lilin tak boleh berpanas..pokpek2x mulut ibu memarahi kami yg bising2 berebut kipas… sudahnya saya & mak tidur sekali berdekatan kipas…seronok mengenang detik2 indah bersama mak…… Saya banyak kenangan manis dgn mak sebabnya setiap kali cuti sekolah saya akan duduk dgn mak di Ipoh (mak tak ada anak pompuan, makanya mak sayangkan saya lebih!!!). Tapi segalanya berubah bila mak ada masalah dgn abah…. Semenjak saya Form 3, mak sudah tidak mengambil saya waktu cuti tapi mak tak lupa mengunjungi saya di KL……Bila saya dah kahwin, saya masih rapat dgn mak sebab saya & hubby rajin melawat mak kat Ipoh, tambah2 bila musim durian….mmmm, kuah tempoyak & sambal tempoyak yg mak buat memang sedap tau!!!..
Beberapa minggu lepas mak meninggal, saya lahirkan Faris. Saya ingat lagi, selepas Faris selamat melihat dunia, saya serahkan segalanya kpd nurse & hubby. Saya ingin tidur dgn aman sbb rasa terlalu letih & penat…. Dalam tidur saya, mak datang. Mak setia disisi saya, tersenyum manis dan membelai rambut saya. Saya sangka mak ingin membawa saya pergi, tetapi dia bangunkan saya. Saya tahu, mungkin mak datang menjenguk krn tidak sempat melihat baby saya dilahirkan. Satu-satunya perkara yg membuat saya terkilan hingga ke hari ini… Mak tidak sempat mencurahkan kasih sayang kpd Faris sepertimana mak mencurahkan kasih sayang kpd Fazly & Fakhri. Mujur ibu saya sudah bersara sewaktu Faris dilahirkan & Faris 100% diasuh oleh ibu. Makanya anak itu kini menjadi cucu emas ibu!!....
Saya tahu kenapa saya mimpikan mak. Mungkin kerana saya terlalu rindukan mak. Saya tidak pernah melupakan mak walau sesaat. Sehingga hari ini saya masih merasakan kehangatan kasih sayang mak. Mungkin juga mak hadir di dalam mimpi saya sekadar menaikkan semangat saya yg seakan rapuh kebelakangan ini. Ataupun mak ingin mengalirkan kekuatan yg selalu dia berikan tatkala saya dihimpit musibah kala hayat mak masih ada dulu. Terima kasih mak, krn tidak pernah melupakan anak mak ini. Ya Allah…. Semoga Kau rahmati mak & tempatkan dia dikalangan hambaMu yg beriman & beramal soleh…. Saya tahu selain saya, anak2 mak tetap mendoakan ketenteraman mak di alam sana… Al-Fatihah….

Wednesday, January 13, 2010

RAGAM

Masuk 2 minggu sekolah dibuka, saya terasa benar2 letih. Bangun seawal jam 5 pagi,..siapkan anak2, kemudian ke pejabat. Balik jam 5 petang, mandi2 kemudian siapkan makan malam. Selepas Maghrib mengadap homework anak2.... sejak sekolah buka ni memang saya letih amat,..badan rasa longlai sampaikan selera makan pun terganggu. Menjelang 2 minggu ni berat badan sendiri pun dah turun dekat 4 kg... hahaha,.. susah nak berdiet selama ni, tapi bila kepenatan tak sedar badan dah susut!!.... alhamdulilah, x payah pergi Slimworld......hehehe....
Menengok ragam anak2 pun satu hal jugak. Fakhri & Faris sekolah pagi... jam 6 saya dah kejutkan dorang. Bila yg sorang elok bangun dgn cergas, yg sorang buat hal. Bila yg sorang ni pulak elok, yg sorang lagi jadi sebaliknya.... adoi, pagi2 saya dah kelam kabut nak memujuk baik2 supaya mood dorang tak terganggu..... Semenjak Fakhri buat hal minggu lepas, saya gunakan pendekatan lain utk memujuk dia. Alhamdulilah, pendekatan itu nampak berhasil krn dlm minggu ini anak itu bersemangat ke sekolah. Hari ini, saya hadir ke sekolahnya sebelah petang semata-mata untuk memberi semangat pdnya untuk menyertai persatuan pengakap. Katanya dia malu untuk mendaftar sebagai ahli baru. Demi dia, saya luangkan masa selepas lunch ke sekolahnya. Nasib saya baik krn saya dpt bertemu dgn gurunya yg baik hati. Guru yg memberi perangsang bahawa anak saya memerlukan masa untuk membiasakan dirinya dgn teman2 baru. Saya bersyukur, meski Fakhri selalu buat hal hingga kadangkala menyusahkan guru2, mereka tidak menyisihkan anak saya seperti di sekolah sebelum ini...
Faris pula sudah pandai membebel. Ibu hantar Aish sekolah cina, penatla... dah la beg berat.. homework pun banyak.kenapa Aish tak boleh sekolah kat sekolah angah?.. pot pet pot pet mulut dia..... tapi dlm komplen2 dia bercerita juga apa yg dia belajar kat sekolah.. nyanyi best, tp lagu cina.... dia pun menyanyi la, entah betul ke tidak dia sebut, saya pun tak tahu.... tapi apa yg saya nampak, dia lebih berdikari. Buku2nya disusun sendiri mengikut jadual yg diberikan gurunya, sedangkan Fakhri yg darjah 5 tu pun masih perlukan saya untuk menyusunkan buku2nya... tapi saya tidak mahu mengambil sikap membezakan anak2 tambahan pula keadaan Fakhri yg sedemikian. Saya tidak mahu dia rasa rendah diri & tewas dengan adiknya. Apa yg penting saya tidak mahu Fakhri merasakan yg saya menyanyangi adiknya lebih seperti yg selalu dia cakapkan. Saya cuba menjadi ibu yg terbaik, tidak membezakan anak2 meski kadangkala ada anak2 yg menyenangkan hati dan sebaliknya....
Fazly... mmmmm, hero malaya ni dah pandai uruskan diri sendiri. Kadang2 memang sy membebel bila dia tidak ikut aturan yg saya tetapkan untuk mereka. Tapi saya tahu, budak lelaki memang tak sama macam budak perempuan. Kasut mereka depan pintu, stoking bawah kerusi... hari ni saya bebel, dia simpan kat tempat yg patut, esok saya diam, dia buat lagi.... sudahnya saya pandang sahaja.... bila dia nampak saya pandang, dia senyum...."ok, abang tahu tempat kasut ni kat mane....hehehe..." mungkin dia sengaja nak menguji kesabaran hati seorang ibu..... itulah ragam anak2.... selagi dinamakan anak, selagi itu saya perlu membentuk mereka. Minggu ni Fazly dah sibuk nak berlatih silat la pulak..... saya bimbang homeworknya tak siap, tapi dia kasi gerenti yg semua itu tidak akan terganggu kalau saya mengizinkan dia ikut ayahnya bersilat. Saya warning hubby, kalo homework anak saya tak siap, dia yg bertanggungjawab! Nampak gayanya setakat hari ini, Fazly "lulus" (itupun setiap jam 9 pagi saya kena call dr office utk memastikan dia siapkan segala homeworknya sblm ke sekolah..).. Mudah2an tahun ini anak2 saya semakin senang & mudah dibentuk. Insyaallah...